Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
KAEDAH
PEMAKANAN
Kaedah pemakanan
Pati Delima / Cuka Kurma /Minyak Zaitun /Madu atau lain lain makanan sunnah
Mudah- mudahan dengan mengikut cara pemakanan Rasulullah SAW
dan dengan izin Allah SWT dapat meningkatkan tahap kesihatan kita agar mudah
untuk kita beribadah.
SUBUH
Bangun subuh
Sebelum gosok gigi, minum 1 atau 2 gelas air masak
Bersugi dan mandi
Minum 1 atau 2 besar sudu
Pati Delima /Minyak Zaitun /Madu atau lain lain makanan sunnah
Solat Subuh
Ambil sarapan, makan berat atau ringan, terpulang pada
anda.
10 PAGI (Minum
Pagi)
Sarapan tetapi jangan berlebihan, seelok eloknya setiap
kali setengah jam sebelum makan, makan buah- buahan seperti sunnah Rasulullah
SAW
Selepas setengah jam, minum 2 gelas air masak.
MAKAN
TENGAHARI
15 minit sebelum makan tengahari, minum cuka kurma, ia
boleh dicampur dengan air suam.
Ambil makanan nasi semangkuk kecil sahaja, ambil lauk
ikan ATAU daging dan sayur
sayuran. Elakkan makan ikan dan daging dalam satu masa, ini adalah sunnah
Rasulullah.
Selepas setengah jam makan tengahari, minum 2 gelas air
masak.

Selepas 3 ½ jam, minum petang pula, ambil 1 atau 2 potong
kuih sahaja dengan air panas. Kurangkan ambil makanan yang bergoreng yang mana minyak
yang digunakan berulang kali kerana ia menghasilkan kolesterol tidak baik.
MAKAN MALAM
Makan malam sebelum Magrib, ambil setengah mangkuk nasi sahaja,
ambil lauk ikan ATAU daging
dan sayur sayuran. Jika hendak menurunkan berat badan, makan sayur atau buah
buahan sahaja. Jangan makan nasi.
Selepas setengah jam, minum 2 gelas air masak.
ENGAH MALAM
Pada sebelah malam, jika berasa lapar, minum air suam
atau makan sayur sayuran atau buah buahan.
Sebelum tidur, minum 1 atau 2 sudu Pati Delima / Cuka Kurma
/Minyak Zaitun /Madu atau lain lain makanan sunnah.
NOTA PENTING
Saya adalah insan biasa, banyak lagi amalan cara
Rasulullah SAW yang tidak kami ketahui, maafkan kami jika terdapat kelemahan, sila
rujuk ustaz- ustaz dan orang-orang yang alim dalam ilmu Allah SWT. Jika anda ada
maklumat tambahan, boleh e-mel pada kami untuk dikongsikan pada semua.
1)
Gunakan sudu pelastik besar untuk minum
makanan sunnah. Jika hendak campurkan dengan air, campurkan dengan sentengah
gelas air bertapis atau air mineral dan dikacau mengikut arah tawaf di kaabah
atau mengikut arah lawan jam. Jangan gunakan air panas kerana ia menhapuskan
khasiat dan vitamin.
2)
Semasa mengadap rezeki, kita semua
ketahui bahawa rezeki datang dari Allah SWT, janganlah kita menghina makanan
seperti berkata‘ kalau saya makan ini, saya akan ini dan ini’ . Bayangkan
perasaan kita jika pemberian kita dihina kawan. Ucapan tersebut dibimbangi
mengundang penyakit.
3)
Jika kita berpenyakit, amalkan Pati
Delima / Cuka Kurma /Minyak Zaitun /Madu atau lain lain makanan sunnah 4 kali
sehari sebelum makan. Jika
kita mempunyai masalah kesihatan, amalkan pemakanan sunnah ini pada setiap 6
jam.
4)
Cara makan;
i)
Pati Delima / Minyak Zaitun / Madu : Sebelum waktu makan.

ii)
Cuka Kurma : Sebelum atau selepas waktu
makan.
5)
Minum cara Rasulullah SAW.Rasulullah SAW
minum tidak sambil bernafas. 3 atau 4 kali teguk kemudian menjauhkan bekas minuman dan
bernafas dan mengulanginya. Anas bin Malik meriwayatkan’Rasulullah SAW menarik
nafas tiga kali saat minum dari sebuah wadah. Baginda bersabda,’Hal ini lebih menyihatkan dan memuaskan’.
6)
Seelok eloknya pemakanan sunnah ini
diamalkan semasa masih muda dan masih sihat, mudah -mudahan in shaaAllah kekal
sihat dan kelihatan kekal muda. Rambut juga lambat beruban seperti Rasulullah SAW
‘Uban Rasulullah saw lebih kurang dua
puluh helai’ (Riwayat Tirmidzi Ahmad dan Ibnu Majah).
7)
Sebelum makanan sunnah berdoalah pada
Allah SWT ‘Ya Allah, aku makan sebagaimana kekasih Mu makan, sihatkanlah tubuh
badan ku sebagaimana kekasihMu sihat’. Mudah mudah aku dapat melaksanakan tugas
dan beribadah kepada Mu.
8)
1 jam selepas makan, seeloknya jangan
makan makanan ringan (kerepek, gula-gula dll). Ini akan melemahkan metabolisma
sekaligus boleh menaikkan berat badan. Jika berasa lapar, digalakkan supaya
minum air masak.
9)
Jika anda hendak makan makanan ringan,
makanlah sejurus selepas makan sarapan atau tengahari ataupun selepas makan
malam.
Kita hanya berusaha, Dia mencipta racun dan Dia juga yang
memberi penawar. Mudah mudah dengan izin Nya, apa yang disebut dalam Al Quran
dan Al Hadith adalah as shifa’ (penawar) yang terbaik.